Wednesday, August 29, 2018

KEK PISANG

ASSALAMMUALAIKUM SEMUA..

Bertemu lagi kita hari ni untuk update resepi kek yg ke 2 sepanjang bercuti ni.. Hehehehe..
Jalan2 kat pasar minggu, ternampak pisang emas yg comel2 and fresh gitueeww..
Tercetus la idea utk buat kek pisang super moist versi bakar..

Saya kongsikan resepi kek pisang kat bawah ye. Check it out guys.

Bahan-Bahan:
1. 250g @ 1 1/2 cup pisang (10 biji pisang emas)
2. 1 cup gula castor
3. 1 biji telur
4. 1 cup minyak masak
5. 1 1/2 cup tepung gandum
6. 1 sk soda bikarbonat
7. 1 sk baking powder

Cara-Cara:
1. Lenyekkan pisang menggunakan garfu
2. Masukkan telur dan gula. Kacau sebati,
3. Campur sekali tepung, soda bikarbonat dan baking powder.
4. Kemudian masukkan ke dalam adunan pisang tdi.
5. Gaul sebati dan apabila selesai, masukkan ke dalam loyang dan sedia untuk dibakar.
6. Bakar kek ikut suhu oven masing2 menggunakan api atas bawah.

SELAMAT MENCUBA 💝


BUTTER CAKE

Assalammualaikum guysss..

This week akak ambik cuti sakit untuk hadir a few review kat Klinik Pakar Sakit Puan.. Bila dah bercuti ni, mula lah rasa boring xtau nak buat apa.. Lastly i decide to bake some cakes for my family.. Our 1st menu of cake hari ni ialah kek yg sangat2 simple and mudah.. Tak lain tak bukan is BUTTER CAKE 💕

Why i said simple and mudah? Bcoz bahan2 nak buat kek ni mostly dah mmg ada kat dapur.. Xpyh ssh2 nak kuar pi market bagai.. Here i share resepi BUTTER CAKE MOIST febret sepanjang zaman..

Bahan-Bahan:
1. 250g butter
2. 200g gula kastor
3. 3 biji telur
4. 1sk vanilla essence
5. 1/2 cup susu segar/susu cair
6. 250g tepung gandum
7. Chip coklat (optional. Xletak pun xpa)

Cara-Cara:
1. Putar butter dan telur hingga sebati. Tak perlu putar lama sgt.
2. Lpas tu, masukkan telur dan esen vanila. Putar lagi.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar pada kelajuan sederhana.
4. Bila dah sebati, masukkan susu segar dan mix well.
5. Bakar kek ikut suhu oven masing2..

SELAMAT MENCUBA 💝

Friday, August 10, 2018

WELCOME TO SABAH

ASSALAMMUALAIKUM dan selamat sejahtera untuk semua yang melawat BLOG ini..

For whom yang tak pernah datang ke SABAH or akan ke SABAH, this entri mungkin akan membantu anda sedikit sebanyak tentang tempat-tempat yang boleh dilawati di SABAH.

CHECK IT OUT GUYSSSS !!!

POLUMPUNG MELANGKAP VIEW CAMP SITE


Perjalanan dari BANDARAYA KOTA KINABALU ke POLUMPUNG CAMP SITE mengambil masa selama 1 Jam 39 Minit atau kurang dengan jarak sejauh 75 KM.


View GUNUNG KINABALU dari Melangkap Camp Site.
Fee entrance: RM2/pax
*gambarihsangoogle


Tuan tanah jugak menyediakan perkhidmatan sewa khemah untuk sesiapa yang hendak bermalam di camp site tersebut. Tempat memanggang yg besar jgk disediakan. So sesiapa yang planning nak bermalam di sini, boleh la ber-BBQ sekali nanti. Giteewwwww
*gambarihsangoogle


Anak buah nak ajak mandi sungai. Air sungai memang sejuk sebab air sungai tu asalnya dari kaki GUNUNG KINABALU guuyssss.


Sesi pujuk memujuk nak mandi sungai ngan Encik Husband. Nampak encik husband dah garu kepala kat situ. Pikir apa pun tak tau hahahahahahaha.

NOTED: Air sungai tak dalam tak deras sangat. Sesuai untuk yang ada baby kecik tapi tak kecik sangat hehehehehehe..

SELAMAT BERCUTI GUYSSS..